Sunday 4 November 2012

♥ Mabruk senior hidup di negara orang ♥


Alhamdulilah, Ain masih lg bernafas untuk terus update blog ni walaupun entri bukannya best sgt kn.. :) hehehe. Maklumlah, bdk sekolah cuti skrg. so, dlm kesempatan ni.. Ain nak share about senior Ain yg dh sambung study mereka di TANAH ARAB. Subhanallah.. Mabruk abaang-abang sekalian.. ehh, silap.. kawan-kawan sekalian.. huhu ^^' jgn salah fham..

Pada mulanya kenal dorang ni... memang cun la kalau BER'status' kn para USTAZ. mmg dh nmpk pun aura-aura para ustaz, insyaallah.. aamiin kan lahh..

Mohd Zulfikar Hartawan
http://mohdzulfikarhartawan.blogspot.com/
Ni salah satunya... students of accounting tym form 5, 2011 last year. erm.. byk entri yang berguna dlm blogger 'ust' Zulfikar ni. Kadang-kadang ana pun dpt tazkirah online free drpd ust ni dr fb. hehe.. Untuk kebaikan bersama jgk kan..??

" SEBARKANLAH WALAU HANYA SATU AYAT "

Erm, what else?? status ust ni? err, x berani nak ckp lebih-lebih.. takut nnt tersilap info.. hehe..
jd fitnah nnt.. kan khazib tu.. ^^' ok2.. cek calon ust seterusnya... jeng!! jeng!! 



BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
haaa, ni dia..  


Muhd Taqiyuddin Asmat
http://taqieohtaqie.blogspot.com/
Ni pun sama jugak mcm ust yg dkt atas tu.. Cuma nama yg berbeza... Ust Taqiyuddin nama diberi... Ahli Harmoni(kumpulan nasyid sklh).. erm, orang korea.. mmg lahh.. hehehe.. :p Susah nk ramal dia ni. biasalah, bukannya kenal sgt pun kan.. :)  borang?? err, minta dkt dia.. hehe..

Erm, what else aa? Dah buntu idea nak wrote pasal para ust ni..
Tp, seriesly dorang beruntung. MABRUK ALAYK yaa senior... Dpt jgk menjejakkan kaki di negara orang, mcm umi selalu pesan, dimana langit dijunjung disitu la bumi dipijak.

Jangan lupa bahasa melayu sdh.. hee, terlalu obses arabic kn.. susah..susah.. ^^'



ok.. rasanya, x banyak nak described... ( tkut kena mrh nnt ) huhu.. apa-apa pun.. just pray for us yg sentiasa cemburu dengan anda disana... bawa blk org arab jgk? hehe... boleh jgk, tinggi harapan..

ASiff Jiddan kalau ada salah... ni saja santapan hr ni.. takut overdos pula nnt..

ENJOY READING!! ^____^

-A_N.P-



Istikharah jalan terbaik ^__^



Lama dah tak update blog ni,.Rasa MALAS+SIBUK tu memang sentiasa ada! hehe.. Exam make me really in depression mood -.-' biasalah.. budak-budak kan.. huahuahua.. 

       Ok, first of all, when we talk about something yang berkenaan diri kita.. memanglah rasa malu or even awkward sometimes right.. ngee~ MALU tu separuh drpd IMAN yaa kawan-kawan sekalian.. ME?? there's nothing special to describe.. hanya sbg hamba Allah yg masih berusaha untuk menjadi seorang mujahidah yang solehah, dan zaujati yg baik untk seorang zaujah.. aamiinn.. amboi, tinggi harapan.. hehe.. :)
Biar harapan kita tinggi, sebab itu lah matlamat yang kita nak capai kan?? yeahhh~!! 





Seperti title yang ana dah bagi di atas td.. 'ISTIKHARAH JALAN TERBAIK'.. so, anything that happen.. kita perlu memilih satu jalan terbaik untuk kebaikan diri kita. bukan pentingkan diri sendiri ^^ hehe. jgn silap disitu.

                       " SELAGI BELUM AKAD, SELAGI ITU ADA JARAK DIANTARA KITA "

inilah perbualan ana dengan salah seorang ar-rijal yg pernah bertegur dgn ana::

Ar-rijal: erm, Ain.. ke mari sekejap. ada nak cakap.
Ana: ya saya.. knp? penting sgt ke?
Ar-rijal: tak la penting sangat.. cuma, rasa bosan lah duduk sorang2...
Ana: (istighfar)... err, kalau macam tu.. baik anta pergi baca Tafsir Quran. lagi afdhal kan.. drpd kita bercakap hal duniawi yg lagha.. :)
Ar-rijal: ohh, (malu).. minta maaf  :)

haa.. kan bgs kalau kita sentiasa menjaga batas sesama sendiri? x lah syaitan tu nak menghasut kita.. sebab ORANG KETIGA tu kn memang SYAITAN!! eeii, x nk lah jd saudara syaitan ni.. x cium bau syurga.. fuhh~ aniaya jugak diri..

          Walau apapun, jaga lah diri kita sbg muslimah yg sentiasa menjaga diri...Solat isthikarah untuk membuat pilihan yg terbaik.. kerana

KITA CUMA ADA DUA PILIHAN DAN SATU PELUANG

janganlah kita sesekali melepaskan setiap peluang yg kita ada, walau dgn sesiapa pun kita bersama... hargailah orang-orang yg tersayang... :)

Terasa sangat diri nak menjadi seperti pasangan adam dan hawa dan Rasullullah dan Khadijah...

jom sama-sama kita doakan.. aamiin ya rabbal alaminn... ^____^

~ Ain_N.P ~

Friday 27 July 2012

Bukan permainan perasaan



Kadang-kadang hidup ni penuh dengan warna-warni yang sukar untuk dijelaskan.  walaupun diri terasa ditipu mahupun  dikecewakan, hidup harus diteruskan juga kan..?? Perasaan adalah sesuatu yang sukar digambarkan, walau dalam apa cara sekalipun... Bukan pada luahan hati, bukan juga pada kata-kata yang diungkapkan.

KITA TIDAK PERLU SEBAB UNTUK MENCINTAI DAN 
MENERIMA SESEORANG 

Bukan mudah untuk memberikan sepenuh kepercayaan terhadap sesuatu yang belum pasti. Mengharap!! TIDAK!! itulah satu-satunya persoalan yang sering berlegar di kotak minda... Diri terasa kosong tanpa permainan jiwa.. tanpa perasaan kasih dan sayang... atau pun, perasaan CINTA??? itulah lumrah yang biasa dialami oleh insan bergelar manusia. 

Terbitnya rasa sayang, hadirnya rasa cinta kadang-kadang datang menyapa tanpa disedari... hadirnya seseorang yang digelar 'mr capital' mengubah segala-segalanya.. Daripada seorang sahabat bertukar menjadi  seorang *******... segala kisah lama telah dilupakan seolah-olah hadirnya 'mr capital' menyakinkan diri untuk lebih mengenalinya dengan lebih mendalam.


RUPA-RUPANYA PERASAAN ITU TERBIT DIANTARA DUA INSAN YANG SELAMA INI HANYA BERGELAR SAHABAT...

Indahnya cinta terhadap Allah tiada pengganti yang lain selainNya... Kepercayaan,kejujuran,kesetian,ketulusan dan kasih sayang berhubung kait dalam membentuk hubungan bahagia...

CINTAILAH ALLAH SEBELUM KAMU MENCINTAI SESAMA KAMU... kerana mencari keredhaan Allah haruslah bersandarkan hukum dan pantang larang yang telah ditetapkan Allah S.W.T...

Insyaallah, apa yang baik jadikanlah pedoman dan sebaliknya jadikanlah iktibar  pada masa depan.. kerana kita banyak belajar daripada kesilapan...

Saturday 28 April 2012

epps~ kan dah cakap.. itu HARAM lah...



Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua? 
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.
Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.
Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru!
copy&paste ^_^

Friday 27 April 2012

Kata Rasullah S.A.W:: JANGAN!!!



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.





Friday 20 April 2012

Alangkah bahagianya mereka...



Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?
Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?


Saturday 17 March 2012

Hayatilah kaum ADAM



Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.


Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa