Friday 2 March 2012

Kerana kau la Bidadari idaman...










BIDADARI..
Engkau ditafsir dunia dari perspektif yang berbeza..
Bukan agama yang menjadi sandaran..
Bukan akhlak yang menjadi ikutan..
Melainkan kecantikan juga yang menjadi keutamaan..


BIDADARI
Sewajarnya engkau dikenali muslimah sejati..
Sebagai hamba yang Tawadduk pada Ya Rabbi..
Menjadi pendamping setia buat sang suami..
Juga memegang 'title' ibu mithali..


BIDADARI..
Ayuhlah ikuti pengorbanan Siti Khadijah..
Mari sama-sama teladani kesabaran Siti Fatimah..
Juga ikut mencontohi kesetiaan Siti Aisyah..
Semuanya lambang wanita solehah..

BIDADARI..
Cuba imbas kembali kisah mujahidah bangsa..
Rabiatul Adawiyah srikandi kebanggaan..
Serta Sumayyah yang rela syahid demi agama..
Jadi di manakah letaknya iman kita???

BIDADARI..
Hari ini engkau dipuja serta dipuji..
Engkau pun mula u'jub, meninggi diri..
Tidak gentarkah engkau jika kelak engkau dicaci???
Di hadapan jutaan manusia di sana tempat hakiki...

BIDADARI..
Nasihat ini ikhlas lahir dari sanubari..
Bukan objektif untuk menunding jari..
Tetapi hanya untuk memperingati sesama sendiri..
Tentunya lebih kepada diri sendiri...

BIDADARI..
Selama ini engkau hanya bisa menjadi bidadari dunia yang  bersifat fatamorgana..
Sebenarnya engkau juga mampu menjadi sebahagian daripada penghuni Syurga..
Namun usaha, doa, tawakal dan istiqamah wajib menjadi nadi utama..
Dalam mengorak langkah untuk meninggalkan dunia yang fana..
Insya ALLAH kekal di  Syurga sana...

No comments:

Post a Comment